22 Mac 2011

tips menguruskan stres

SOKONGAN
§ Dapatkan sokongan dari keluarga, pasangan atau rakan2 yang memahami dan sedia mendengar agar dapat mengurangkan tekanan.



SOLAT
§ Sembahyang dan mengingati Allah. Serahkan semua yang telah diusahakan padaNya.



DOA
§ Doa merupakan cara yang paling berkesan. Lafazkan dengan penuh keikhlasan dan pasrah, ia dapat menimbulkan ketenangan dalam hati.



MENTAL EXERCISE
§ Arahkan imaginasi kepada suatu yang positif@meditasi. Cari posisi yang selesa, pejam mata dan rehatkan otot2 kita. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Bayangkan sesuatu yang menenangkan seperti ombak di pantai dll.



UBAH SUSUN ATUR RUMAH
§ Keadaan susun atur rumah yang tidak berubah kadangkala boleh menyesakkan diri. Cuba ubah susun atur rumah untuk merasakan suasana yang baru.



PENGURUSAN MASA
§ Setiap orang diberi 24 jam sehari dan hanya mereka yang bijak dalam mengendalikan masa akan mendapat faedah darinya.



PANDANGAN TERHADAP STRESS
§ Jangan pandang stress sebagai suatu yang negative keran stress juga penting untuk meningkatkan kualiti hidup. Cara kita menangani stress akan memberi kesan kepada hidup kita.



TERIMA KEKUATAN DAN KELAMAHAN DIRI
§ Terima kekuatan diri sebagai anugerah dan percaya bahawa segala kelemahan masih boleh dibaiki.



BERSEDIA BERKONGSI MASALAH
§ Kongsi masalah dengan seseorang yang dipercayai. Sememangnya tidak semua orang disekitar kita boleh dipercayai tetapi percaya lah, masih ada orang2 sedemikian yang boleh membantu.



KRITIKAN NEGATIF
§ Pandang kritikan negatif sebagai sesuatu yang membina dan jangan biarkan ia melamahkan semangat.



LAKUKAN PERUBAHAN
§ Bersedialah untuk menerima saranan dari orang lain dan belajar untuk berkompromi.



JAGA HUBUNGAN BAIK
§ Hubungan baik dengan orang sekeliling penting untuk meneruskan hidup dengan bahagia. Cari jalan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dengan cara yang terbaik untuk kedua-dua pihak. Minta maaf jika perlu.



KETAWA
§ Dalam keadaan yang sukar, tertawalah supaya dapat mengendurkan keadaan yang tegang.



BERGAUL DENGAN ORANG YANG POSITIF
§ Berada di sekitar orang-orang yang positif dan berhemah membuat diri kita turut merasa positif dan selesa.



MENYEMAI SIFAT EHSAN
§ Berehsan akan mendatangkan rasa kasih sayang dalam diri kita sekaligus membantu memperbaiki emosi diri kita.
DeleteReplyForwardSpamMove...

karangan bdk darjah 4

Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya
naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.

Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di
dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas
helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di
dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai.

Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat
lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin
mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai dengan menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi
yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut
dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat
sebelum saya mati

Cinta

13 Tanda Anda Telah Jatuh Cinta
1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.

18 Mac 2011

jalan-jalan p proton city,,,1km jak dri kolej,,,cntik la jgk,,,

16 Mac 2011

Bertudung......tetapi...saya juga " :
Berpakaian :
Berbaju lengan labuh tetapi ketat.( Body shape )
Berbaju labuh tetapi lengan pendek.( T-Shirt )
Berbaju ,lengan Labuh tetapi seluar panjang Fit / low waist.
Berbaju ,lengan Labuh & seluar panjang labuh tetapi 5 suku ( paras betis )
Berbaju ,lengan Labuh & seluar panjang labuh
tetapi tudung befesyen kebelakang nampak leher & dada.
Berbaju ,lengan Labuh & seluar panjang labuh tetapi baju saya XX-ray

Bersifat :
( Penyayang ) Selalu keluar kesana sini dengan
teman lelaki.(Bukan Muhrim/Mahram)
( Mengeratkan Silaturahim ) Berpegangan Erat
tangan dengan teman lelaki semasa berjalan.
( Berhati-Hati ) Memeluk teman lelaki semasa membonceng motosikal.
( Ingin Tahu ) Selalu meletakkan kepala di
atas bahu teman lelaki saya semasa menyaksikan air laut.
( Tak cemburu ) Tak kisah Suami orang ker tidak..( Tak Ori Tapi OK )

Berpengalaman :
( Pelakon ) memakai tudung semasa beraksi di
dalam VCD Berhari-Hari Di TUPAH. / JITRA 1 & 2.
( Model ) memakai tudung semasa mengayakan
aksi-aksi di luar batasan.
( Penyanyi ) memakai tudung semasa berkaraoke
bersama teman-teman lelaki.
( Penari ) memakai tudung semasa beraksi di
atas pentas untuk uji bakat Malaysian Idol.
( Safety First ) memakai tudung semasa mencari
tempat maksiat yang line clear.
( Jurusolek ) memakai tudung tetapi kening ditarahnya sehingga nipis.

* Selalunya wanita yang bertudung yang
sedemikian memang nampak baik ,sopan sebagai contoh :

( Bercakap Benar ) Ni 1st time I naik moto dengan lelaki.....
( Murah Hati ) Alahhh..I tak kisah...asalkan U jangan lebih-lebih dahlahhh...
( Pemalu ) Yang'g..kat sini orang nampak...marilah duduk disanaaa.....
( Bertangungjawab ) Alahhh...yangg..berani
kita berduer buat berani ler kiter tanggung....
( Prihatin ) Yangg....dah 2 minggu lebih I tak datang bulan purnama.


* Zaman Sekarang ini Tudung kepada
wanita-wanita sedemikian seolah-olah adalah
fesyen,trend ataupun adat.(di Negara Arab ,wanita
bukan Islam juga bertudung & berpudrah.)

* Janganlah kita menilai wanita yang tak
bertudung dengan satu nilaian yang buruk..tetapi
kita dorongilah mereka & berilah galakan yang
sewajarnya kerana ia adalah kewajipan sebagai
seorang Muslimin.

* Kepada wanita/remaja/perempuan yang
bertudung seperti yang digambarkan di atas
janganlah kalian mencemarkan nama baik Islam
,Janganlah besembunyi disebalik tudung anda.

sekadar renungan....

BAGAIMANA UMAT ISLAM BOLEH MENJADI 'MURTAD'?

"Pagi hari Islam..petangnya kafir.."

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW
berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang
kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya
seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat
bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? "

"Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada
masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik."

Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah? " Rasullullah SAW
menjawab, "Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia". Imam Ghazali pernah
berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan
seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak?
Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.
-----------------------------
Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak
langsung. Gerakan Hindu kita tak payah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada
yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry
Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan gerakan
Yahudi seawal tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew".

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak.
Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu dan
saham kepada puak Yahudi. Tiada kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa
yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.

Yahudi punya kerja. baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang
kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi. Bab Kristian,lebih
terancang, lebih terperinci lagi.Semenjak kalah dalam perang salib
terakhir, iaitu dalam pemerintahan Raja ke-6 yang terakhir. Sebelum dia
mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London.

Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah
melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan
pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam
menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka
tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana hendak mati. Kita
berperang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita menukar strategi.

Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya ke atas orang Islam.
"Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah Raja itu mati. 1942 kerajaan Islam
Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511
kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam
Pattani. Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah. Tak lama lepas
tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao. Lepas tu kerajaan Islam Acheh...
semuanya satu demi satu. Bagaimana perkara ini boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL, GOAL, & GLORY.
Pertama kitab mereka, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam.
Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque tidak datang ke Tanah
Melayu dengan membawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukannya
makan kari, dia datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (bekas
kuburnya di Bukit St. Paul-Banda Hilir), sebab nak sebarkan ajaran
Kristian. Bagaimanakah cara yang digunakannya untuk sebarkan Kristian di
Melaka? Orang kita panggil, gerakan halus. Dia memanggil kesemua mubaligh
Kristian yang ingin datang ke Asia dan mendedahkan kaedah "garam dan ragi".
Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian.

Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu, kalau kita letak ragi,
esoknya masih lagi bentuk ubi kayu, tapi sebenarnya tapai.

Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya
kehidupan kita bukan cara Islam lagi. Cara inilah yang Rasulullah SAW kata
macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam
semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan
nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan
seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George
Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang
nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi ".

Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan
meninggalkan sistem kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya
orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya.
justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan
sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap.

Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian,
bukannya organisasi. Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik
dan etikal, bukan bersifat formalistik. Pendekatan begini telah
memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi
menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari
masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat
dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses
penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan REVOLUSI. Justeru itu, mereka
mengatakan bahawa "kita nanti akan memperolehi satu Kristian Muslim Melayu
tempatan yang mencerminkan Kristian Muslim Melayu sejati..." (contohnya
mesyarakat Melayu Portugis di Melaka). Sebenarnya mereka ingin akan datang
suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat
REVOLUSI untuk menjadi Kristian.

Cara kebajikan pula...

Hari ini siapa tak kenal kelab Rotary yang cuci buah pinggang, kelab Lion,
Bulan Sabit Merah, Saint John's Ambulans. Mereka masuk dengan cara
menghidupkan sekularisme. Sekularisme adalah satu cara mengasingkan agama
daripada kehidupan. Kerna itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada
kehidupan dunia.

Cara lain mereka adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil
tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali,
dengan hati. Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua
diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan msg ni
kepada saudara kita yang lain yang tidak tahu-menahu tentang perkara ini.
Malah kita mesti peka. Ini semua adalah tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, mesej ini tiada kena-mengena dengan ceramah nak berkempen
politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri
kita yang mengaku Islam. Inilah masanya kita bangkit pertahankan agama
Islam sebelum terlambat.

Sahabat-sahabat yang dikasihi, tolong panjangkan(forward) mesej ini untuk
pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini
boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita
yag telah di Islamkan atas tiket keturunan di mana dengan sebab ini kita
telah pun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu
melalui hidup sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa
mencari- cari jalan yang betul. Di harap rahmat Allah dan doa-doa para
waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya.
Sementara itu, berhati- hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan
sentiasa beringat kepada Allah.

Memang ini apa yg kite nampak masa kini, tp kebanyakan kita buat tak kisah,
tak sedar, pentingkan diri sendiri... Fikir-fikirkanlah. ..
nota : dapat dari emel

Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah berkesempatan mengikuti satu sessi "Ceramah Keibubapaan" di sekolah menengah agama berasrama penuh dimana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam.
Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"


PERANCANGAN
Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan"Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai
"Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

MEMIKAT
Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga.
Kemudian, mereka akan berlakun seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?", "Didalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak". "Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi"

Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila sijejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP
Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa.
Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, sijejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila sigadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga sigadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi sejejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benarmengena apabila sigadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, sijejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Sejejaka kononnya akan bertanggung jawap diatas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama"

Seterusnya kata sijejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak diluar nikah yang kita hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita?
Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya" Kata sijejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk
membuat pengakuan dihadapan paderi digereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita" Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD
Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi
menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima???hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.

Adalah diharap, satelah perhimpunan di Masjid Wilayah, Ahad yang lalu (23/07/06), lebih 2 juta tanda tangan telah berjaya diterima. Dimanakah semangat kita? Kita belum lagi diperlukan untuk mengangkat senjata. Maka, marilah kita bersama-sama berusaha dan mengembeling tenaga agar gejala ini tidak terus melanda agama dan negara.

DOA
"Doa adalah senjata para mukmin". Satelah kita berusaha, marilah kita bersama-sama berdoa agar anak-anak gadis kita akan terhindar dari menjadi mangsa. Doa juga dipanjatkan agar umat Islam di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan seluruh dunia dihindari dari segala bencana.
Amin. Ya Rabbil A'lamin.